Saturday, 20 April 2013

Mencari Hikmah-NYA

ASSALAMMUALAIKUM

" Ya Muhammad....
lihatlah umat mu ini..
terlalu lemah jiwanya... 
baru sedikit badai yang datang,
 sudah mengalir airmatanya "

Selawat dan salam buat kekasih hati, Muhammad SAW...
Syukur masih Allah  pinjamkan nikmat hingga ke saat ini...

"  setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya  "

Ayat diatas sering kita gunakan dalam usaha kita memujuk 
keluarga, sahabat mahupun diri kita sendiri kn...
Tetapi persoalan nya
...... ADAKAH SAMA APA YANG KITA LUAH
DGN APA YANG ADA DIHATI......

entry kali nie, Nor nak berkongsi satu cerita benar..
baru sahaja terjadi selang beberapa hari lepas..

Sekarang ini, sudah masuk minggu 8
pengajian bagi semester 6
terlalu banyak tugasan yang perlu dihantar, sehingga terasa sesak hari2 yang dilalui..
Selepas kelas, Nor amik keputusan tak nak balik bilik, nak duduk buat kerja dalam kelas je.. maklumlah kat rumah kerja tak berapa nak jalan... nak kate ada anak belum lagi...
ini lah punca kenapa terasa sesak bila
 sampai minggu ke-8 ni

Sahabat Nor ni, khusyuk menaip dengan
wajah yang agak stress...
tak de siapa yang dapat menafikan tekanan tu... tp mungkin dah sampai tahap susah untuki dikawal  bukanlah sampai marah2.. ke ape ke... cuma ade butir2 jernih keluar dr kelopak mata sahabat Nor nie..
Tergamam juga Nor dibuatnye.. mse tu, otak ligat berfikir macam mana nak bantu naikkan semangat dia balik... ade lah sedikit usaha yang Nor buat... tp x tau lh berkesan ke x...
setidak-tidaknya Nor bantu mana yang boleh kn..

Baik Nor nasihat kan sahabat Nor ni, petang tu Allah uji Nor dengan kata-kata nor pagi tadi...
Nak tau apa yang Allah uji ? ??Petang tuu, nor mengalami JIWA KACAU...  konfius dengan frasa yang Nor gunakan hehehe.....
Nor rasa macam banyak sangat bnde nak kene buat, dengan faktor masa dan macam2 lagi lh.. Dengan keadaan jiwa kacau tuu, habuk pun masuk mata... kadang2 tangisan itu perlukan...bukan untuk terus terduduk tetapi untuk mencari semula kekuatan untuk bangkit... :)
Cuba untuk menghubungi mak tapi x de rezeki sebab gagal dihubungi....
petang tu, Nor mmg rasa teruk sgt smpi lh ke mlm...
Maghrib tu Nor pergi ke bangunan depan Kolej Nor.. amik ketenangan disana...
x nk fikir apa2.. Cuba mencari kekuatan...

" Allah itu kuat, cari lah kekuatan daripada-NYA "

Nak dijadikan cerita balik tu, Allah lorongkan hati Nor untuk kerumah Azimah...
 niat dihati nak ziarah Izzati... lepas jumpa zati, hati terus jadi tenang kembali... nak tahu kenapa ???
Izzati baru je terlibat dalam kemalangan kelmarin... tp kuat semangat nya, Teguh keyakinan nya tanpa mendengar sedikit pun dia mengeluh... tiba2  terasa malu sendiri.. tau x apa yang Nor terfikir saat tuu..
 ~ Geli je nak jiwa kacau bagai... orang lain tu lagi hebat ujiannya... tp cool je...
 Ko baru kene jentik sikit dah menggelupur ish..ish... ~

so akhir kata....
 " Lihatlah sesuatu itu dengan pandangan hikmah, kerana setiap perkara yang berlaku beserta hikmahnya "







Wallahu  a'lam bissawab  ;)

Wednesday, 3 April 2013

Admire You

ASSALAMMUALAIKUM

Salam sejahtera, salam penuh kasih sayang
daripada Nor buat kalian semua.
Selawat dan salam buat rasul junjungan S.A.W, para sahabat dan keluarga baginda.
Cuaca petang ini sangat mendamaikan,
 sebab hari ini bumi mualim dibasahi dengan rahmat Allah.. 

Nor nak kongsikan lah sikit dengan kalian semua...
sejuk je kan mata memandang... jangan jeles....

ini lah  salah satu sebab kenapa  Nor suka kat sni..
 hidup dikelilingi banjaran.. :)

Ok.. mari balik kepada topik kite petang ini...
~ I ADMIRE YOU ~
haa... jeng..jeng.. siapakah gerangan you tuu... ;)

PERTAMA
Rasullullah S.A.W
Bukan sahaja baik akhlaknya tapi baginda sungguh lengkap untuk dijadikan qudwatul hasanah
Kenapa Nor dengan begitu yakin mengatakan   Rasullah contoh terbaik, mari kita buat perbandingan bersama... 

# Baginda lebih hebat daripada paderi kerana baginda bukan hanya ketua agama.
# Baginda lebih hebat daripada dari PM kerana baginda bukan hanya ketua negara.
# Baginda sangat2 sibuk tapi bagindalah  yang paling romantik dengan isteri.
# Baginda sangat2 sibuk tapi bagindalah ayah yang paling penyayang
# Baginda mampu mendoakan sahabat dan juga musuh.

KEDUA
Nor ada seorang sahabat, indah sungguh akhlak dia,
" Tidak perlu berkata apa2, kerana akhlak mu
sudah pun berbicara "

bersama dengan dia, pasti akan terpalit rasa ketenangan dan kedamaian,
Alhamdulillah...rezeki Nor dipertemukan dengan nye.
Kadang2 jeles dengan sifat tawakal die.
Dalam diam Nor dapat mentarbiah diri
Semoga dapat menjadi seperti nye....
AMIN..
Wallahu  a'lam bissawab.. :)