Thursday 6 February 2014

Langkahan Pertama Seorang GURU

Assalammualaikum

Haiwan & tumbuhan juga berselawat kepada baginda.. mengapa tidak kita ???? 

Tanda kasih dan rindu kepada Rasullulah, mari berselawat...
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
satu lagi... pemberat Al-mizan nanti.. لاَ إِلَهَ إِلَّااللهLama rasenya tidak mengarang, almaklumlah sebelum ni nor sibuk dengan praktikum.... tiba-tiba pagi ini terpanggil untuk menggarang satu entri...Di pagi jumaat yang cukup indah jendela dibuka, kicauan burung mula kedengaran angin pagi menyapa wajah pandangan diarahkan kepada sungai yang mengalir tenangNor dekat mane ni ek??? haaaa... tulah persekitaran  dekat rumah sewa nor yang baru ni... seronok kan??? siapa sangka hikmah disebalik permohonan untuk masuk kolej kediaman ditolak, dapat nor rase keindahan alam setiap kali membuka mata.. huhu.. best..best...Rupe-rupenye Allah nak nor rase keindahan ciptaan-NYA  sebelum melangkah keluar dari Bumi Murobbi dalam beberapa bulan lagi...
(InsyaAllah, nanti nor kongsikan ea, gambar2 kat sini)

Bile sebut pasal praktikum, banyak yang  nor belajar dan di ajar oleh Guru-guru senior, Mak cik n pak cik cleaner, Jaga, Pembantu makmal, Pelajar-pelajar, Rakan-rakan sepraktikum dan ramai lagi...Mula-mula masuk sekolah tu memang berdebar.. tapi bile diberi ruang untuk duduk di dalam perhimpunan mingguan, terasa cepat mase berlalu.. Ragam pelajar yang berbagai-bagai meningkatkan lagi tahap kesabaran diri nor....Nak tackle dieorg susah juga, macam-macam pendekatan digunakan, pernah jugalah mata ini mengeluarkan air jernih bilamana diri terasa gagal menjalankan tugas yang diberi...
Tapi, semua tu indah bila mana dilakukan semata-mata kerana-NYA...
Excited je nk pergi sekolah hari-hari...
Bile tengok dieorg faham dengan ape yang kita ajar, syukur sangat sebab Allah kurniakan mereka kefahaman. 
Ditambah pula, guru-guru senior kat sane semua nye baik, caring n sporting sangat.. syukur ditakdirkan kesana... Walaupun datang sebagai guru pelatih je tapi dieorg layan kami macam adik-adik dan tak de pun jurang antara kami... (merindui setiap mase dengan akak-akak kat sane)

Part sedih bila nak habis praktikum... tapi itulah lumrah kehidupan
"setiap yang hidup, pasti akan mati,
setiap yang bertemu, pasti akan berpisah
"
Pengalaman yang terindah dan menjadi pembakar semangat untuk langkahan yang seterusnya..

Hubungan kami bukan hanya di sekolah.. :)


Nie jamuan perpisah kali ke-2... 

Terima kasih Allah untuk pengalaman ini...
 Terima kasih semua warga SMK Temenggong, Kuala Kangsar

Cukuplah rasenye untuk kali ini...
JAGA DIRI, JAGA IMAN 
~melangkah mencari hikmah~

Wallahu  a'lam bissawab  ;)




Wednesday 15 May 2013

Dup...Dap..Dup..Dap...


ASSALAMMUALAIKUM
Syukur Alhamdulillah, nikmat iman & nikmat sihat masih dipinjamkan hingga ke saat ini..
Ekh.... dah selawat belum hari ini... jom selawat sikit...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

#sekali kita berselawat kepada Rasullullah.... 10 kali Allah berselawat kepada kita#

Alhamdulillah, malam ni Allah hadirkn rintik-rintik hujan, sebagai penyejuk setelah beberapa hari tak hujan,, dan sememangnya bumi Tg, Malim agak panas kebelakangan ini..

" Tepat jam 10.00 pagi tadi, terasa lapang sungguh hati ini, ringan terasa bahu ini.. Allah sahaja yang tahu rasa itu..dahi kucecahkan ke lantai, 
tanda syukur  tidak terhingga & ingin 
berkongsi kegembiraan dengan Pemilik Hakiki diri ini,
meskipun Pemilik diri ini sudah pun mengetahui cerita nye sebelum aku merasainya.."

Mesti kalian musykil kan, apalah lh yang Nor cerita kn kat atas tuu... sebenarnye, hari ini bersamaan 15/3 merupakan hari untuk nor bentang proposal berkaitan thesis Nor.. keje yang Nor buat sejak daripada  cuti semester lepas... akhirnye selesai jugak... selesai untuk satu bab je lh.. bab kedua kene smbung keje lab..
tp yang best nye.. Projek ini merapatkan kami semua...


Dr hayati belanja lunch kat kedai ATOK...  :)
(kak syakirah, shahidah, Dr. hayati & kak umi)

"Dr. Hayati yang sgt2 membntu dan memahami, kadang2 Nor rasa apa yang  Dr lakukan tu lebih drpd seorang pensyarah, bila Dr bercerita rentetan hidupnya.. siapa sangka ending nye dengan gelaran DOKTOR"
" Kak umi & kak syakirah yang setiasa ada menambah mana yang kurang, walaupun berada dlm satu jabatan, tapi kami x berapa kenal antara satu sama lain. dengan adanya projek ini lah, kami berkenalan.
Tahniah kak umi sebab dapat anugerah Poster terbaik...hehehe... Bangga saya.. :) "
last but not least,
"Shishi...hahaha... Shahidah lh.. teman susah senang Nor.. byk yg shahidah bantu Nor dlam projek ni, perkongsian idea + perkongsian gelisah + tumpang rumah azie + hujan panas bersama & masa kami buat projek ni lh shahidah bertunang... tibe2 teringat kegigihan shahidah menjahit baju labuci2 die..haha.. "

Masih bnyak yang Nor ingin pelajari drpd kalian... smge ukhwah yang terbina bukan semata-mata kerana projek.. harap2 kekal selamanya... terima kasih ALLAH atas nikmat ini... :)

Oklah, proposal thesis je yg dah  selesai, byk lg yg perlu dilakukan...hehee
cukup lh unttk kali ini...

Wallahu  a'lam bissawab  ;)

Saturday 20 April 2013

Mencari Hikmah-NYA

ASSALAMMUALAIKUM

" Ya Muhammad....
lihatlah umat mu ini..
terlalu lemah jiwanya... 
baru sedikit badai yang datang,
 sudah mengalir airmatanya "

Selawat dan salam buat kekasih hati, Muhammad SAW...
Syukur masih Allah  pinjamkan nikmat hingga ke saat ini...

"  setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya  "

Ayat diatas sering kita gunakan dalam usaha kita memujuk 
keluarga, sahabat mahupun diri kita sendiri kn...
Tetapi persoalan nya
...... ADAKAH SAMA APA YANG KITA LUAH
DGN APA YANG ADA DIHATI......

entry kali nie, Nor nak berkongsi satu cerita benar..
baru sahaja terjadi selang beberapa hari lepas..

Sekarang ini, sudah masuk minggu 8
pengajian bagi semester 6
terlalu banyak tugasan yang perlu dihantar, sehingga terasa sesak hari2 yang dilalui..
Selepas kelas, Nor amik keputusan tak nak balik bilik, nak duduk buat kerja dalam kelas je.. maklumlah kat rumah kerja tak berapa nak jalan... nak kate ada anak belum lagi...
ini lah punca kenapa terasa sesak bila
 sampai minggu ke-8 ni

Sahabat Nor ni, khusyuk menaip dengan
wajah yang agak stress...
tak de siapa yang dapat menafikan tekanan tu... tp mungkin dah sampai tahap susah untuki dikawal  bukanlah sampai marah2.. ke ape ke... cuma ade butir2 jernih keluar dr kelopak mata sahabat Nor nie..
Tergamam juga Nor dibuatnye.. mse tu, otak ligat berfikir macam mana nak bantu naikkan semangat dia balik... ade lah sedikit usaha yang Nor buat... tp x tau lh berkesan ke x...
setidak-tidaknya Nor bantu mana yang boleh kn..

Baik Nor nasihat kan sahabat Nor ni, petang tu Allah uji Nor dengan kata-kata nor pagi tadi...
Nak tau apa yang Allah uji ? ??Petang tuu, nor mengalami JIWA KACAU...  konfius dengan frasa yang Nor gunakan hehehe.....
Nor rasa macam banyak sangat bnde nak kene buat, dengan faktor masa dan macam2 lagi lh.. Dengan keadaan jiwa kacau tuu, habuk pun masuk mata... kadang2 tangisan itu perlukan...bukan untuk terus terduduk tetapi untuk mencari semula kekuatan untuk bangkit... :)
Cuba untuk menghubungi mak tapi x de rezeki sebab gagal dihubungi....
petang tu, Nor mmg rasa teruk sgt smpi lh ke mlm...
Maghrib tu Nor pergi ke bangunan depan Kolej Nor.. amik ketenangan disana...
x nk fikir apa2.. Cuba mencari kekuatan...

" Allah itu kuat, cari lah kekuatan daripada-NYA "

Nak dijadikan cerita balik tu, Allah lorongkan hati Nor untuk kerumah Azimah...
 niat dihati nak ziarah Izzati... lepas jumpa zati, hati terus jadi tenang kembali... nak tahu kenapa ???
Izzati baru je terlibat dalam kemalangan kelmarin... tp kuat semangat nya, Teguh keyakinan nya tanpa mendengar sedikit pun dia mengeluh... tiba2  terasa malu sendiri.. tau x apa yang Nor terfikir saat tuu..
 ~ Geli je nak jiwa kacau bagai... orang lain tu lagi hebat ujiannya... tp cool je...
 Ko baru kene jentik sikit dah menggelupur ish..ish... ~

so akhir kata....
 " Lihatlah sesuatu itu dengan pandangan hikmah, kerana setiap perkara yang berlaku beserta hikmahnya "







Wallahu  a'lam bissawab  ;)

Wednesday 3 April 2013

Admire You

ASSALAMMUALAIKUM

Salam sejahtera, salam penuh kasih sayang
daripada Nor buat kalian semua.
Selawat dan salam buat rasul junjungan S.A.W, para sahabat dan keluarga baginda.
Cuaca petang ini sangat mendamaikan,
 sebab hari ini bumi mualim dibasahi dengan rahmat Allah.. 

Nor nak kongsikan lah sikit dengan kalian semua...
sejuk je kan mata memandang... jangan jeles....

ini lah  salah satu sebab kenapa  Nor suka kat sni..
 hidup dikelilingi banjaran.. :)

Ok.. mari balik kepada topik kite petang ini...
~ I ADMIRE YOU ~
haa... jeng..jeng.. siapakah gerangan you tuu... ;)

PERTAMA
Rasullullah S.A.W
Bukan sahaja baik akhlaknya tapi baginda sungguh lengkap untuk dijadikan qudwatul hasanah
Kenapa Nor dengan begitu yakin mengatakan   Rasullah contoh terbaik, mari kita buat perbandingan bersama... 

# Baginda lebih hebat daripada paderi kerana baginda bukan hanya ketua agama.
# Baginda lebih hebat daripada dari PM kerana baginda bukan hanya ketua negara.
# Baginda sangat2 sibuk tapi bagindalah  yang paling romantik dengan isteri.
# Baginda sangat2 sibuk tapi bagindalah ayah yang paling penyayang
# Baginda mampu mendoakan sahabat dan juga musuh.

KEDUA
Nor ada seorang sahabat, indah sungguh akhlak dia,
" Tidak perlu berkata apa2, kerana akhlak mu
sudah pun berbicara "

bersama dengan dia, pasti akan terpalit rasa ketenangan dan kedamaian,
Alhamdulillah...rezeki Nor dipertemukan dengan nye.
Kadang2 jeles dengan sifat tawakal die.
Dalam diam Nor dapat mentarbiah diri
Semoga dapat menjadi seperti nye....
AMIN..
Wallahu  a'lam bissawab.. :)

Friday 8 March 2013

Ukhwah Fillah


ASSALAMMUALAIKUM

Selawat dan salam wat Rasul Junjungan... 
Rindu kasih buat sang Pencipta...
Semoga kita sentiasa berada di bawah 
payung rahmat-Nya... 

Jika Nor tanya apakah nikmat yang paling besar dalam hidup ini... 
semestinya adalah  nikmat ISLAM dan IMAN
tapi,
Sedarkan kita bahawa nikmat yang ketiga adalah, 
SAHABAT YANG SOLEH SOLEHAH

Bilamana sesuatu ukhwah itu terjalin semata-mata kerana Allah... hikmahnya sungguh luarbiasa.. Perhubungan itu akan sentiasa dibaluti dengan kasih - sayang, kasih sayang bukan sahaja di dunia malahan ingin dibawah ke akhrat....



Ya Allah,
Terdetik dihati ini untuk berpimpin tangan ke syurga-Mu
Peliharalah sahabatku serta aku agar dapat kami bersama merasai nikmat syurga-Mu.

Dengan cita2 yang tinggi itu, manakan bisa sahabat kita membiarkan kita jatuh ke lembah kehinaan,
 pasti akan dihulurkan tangan mereka untuk Nor capai.. dan InsyaAllah begitu juga Nor..


Sabda Nabi Muhammad SAW. yang bermaksud:

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi 
dia tidak mengasihi saudaranya 
sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”
 (Riwayat Bukhari dan Muslim) 




‎"Sekuat-kuat ikatan iman cinta dan kasih sayang kerana Allah 
dan marah juga kerana Allah"
( Riwayat Imam Ahmad )




UKHWAH FILLAH TILL JANNAH


Wallahu a'lam bissawab  :)

Thursday 28 February 2013

Terbukanya Pintu Hati

ASSALAMMUALAIKUM

Selawat dan salam buat Rasul junjungan.
Alhamdulillah syukur masih di beri kesempatan untuk terus merasai nikmat-Nya,
 meskipun diri seringkali leka 

Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata apa yang dirasai saat ini...
" perasaan begitu dekat dengan-Nya "
mungkin semua ini masih baru untuk diri ini tapi kemanisannya sudah dapat dirasai, tercalit juga perasaan iri hati dengan mereka yang sudah lama merasai perasaan ini. Tapi semua yang berlaku sudah termasuk dalam perancangan-Nya..


"Dan kunci2 semua yg ghaib ada pada-NYA. tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ade di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-NYA. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu basah atau kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz ) "

Surah Al-An'am, 6:59


Syukur kerana Allah tidak biarkan nor terus hanyut, Dia cuit hati ini dengan penuh kasih sayang-Nya,
 penuh berhemah hingga dapat dirasai jiwa yang selami ini seperti lalang kini berubah...
Terima kasih Allah...

Betapa kasihnya Allah kepada nor, Dia bukan sahaja sentuh hati ini tapi....
Dia juga kirimkan sesuatu yang sangat-sangat berharga buat nor iaitu
 insan-insan yang sangat membantu dalam usaha mentarbiah diri ini.. terima kasih sahabat semua... tak terbalas rasanya jasa kalian...
semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian... :)

Semoga diberi kekuatan untuk terus istiqomah... Amin...




Wallahu a'lam bissawab ... :)


Monday 4 February 2013

Kerehatan yang abadi..

ASSALAMMUALAIKUM

       Alhamdulillah, syukur dengan nikmat hidup dan sihat yang masih dipinjamkan Allah buat hambanya  yang sering leka ini. Sebenarnya, malam ini memberikan 1001 kelainan buat nor.

         Allah dah makbulkan permintaan nor, dah lame nor teringin nak pergi melawat jenazah, malam ini diberi kesempatan dan ruang buat nor. Mungkin dulu nor ade juga pergi melawat tapi mase itu masih kecik, tak berapa faham atau dalam bahasa mudahnya "tak amik kisah" dengan keadaan sekeliling..

           Melangkah masuk ke dalam rumah, mengundang suasana suram dan muram.. bacaan yaasin dialunkan sedekah buat Almarhumah... 

AL-FATEHAH

selesai membaca hati tiba2 terdetik, bagaimana jika jenazah
yang terbaring kaku itu....

 AKU, pada siapa yang boleh ku rayu untuk membantu

bagaimana pula jika itu....

IBUKU atau ABAHKU, sudah cukupkah aku menyenangkan mereka sepanjang usia mereka

bagaimana pula jika itu...

SAHABATKU, adakah aku benar2 telah bersahabat dengan nya kerana Allah

persoalan  demi persoalan menjelma, yang pasti jawapan nye adalah satu...

suatu perkara yang sangat pasti dalam hidup ini adalah  KEMATIAN

"Setelah roh terpisah dari jasad, tamatlah semuanya.. tiada lagi bekalan yang dapat dikutip
 untuk dititip ke alam sana"

Semoga pemergian kita, merupakan suatu kerehatan yang abadi.. Marilah kita kutip sebanyak-banyaknya bekalan kerana sememangnya dunia  adalah tempat untuk mencari bekalan akhirat...






Wallahu a'lam bissawab..  :)