Thursday, 28 February 2013

Terbukanya Pintu Hati

ASSALAMMUALAIKUM

Selawat dan salam buat Rasul junjungan.
Alhamdulillah syukur masih di beri kesempatan untuk terus merasai nikmat-Nya,
 meskipun diri seringkali leka 

Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata apa yang dirasai saat ini...
" perasaan begitu dekat dengan-Nya "
mungkin semua ini masih baru untuk diri ini tapi kemanisannya sudah dapat dirasai, tercalit juga perasaan iri hati dengan mereka yang sudah lama merasai perasaan ini. Tapi semua yang berlaku sudah termasuk dalam perancangan-Nya..


"Dan kunci2 semua yg ghaib ada pada-NYA. tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ade di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-NYA. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu basah atau kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz ) "

Surah Al-An'am, 6:59


Syukur kerana Allah tidak biarkan nor terus hanyut, Dia cuit hati ini dengan penuh kasih sayang-Nya,
 penuh berhemah hingga dapat dirasai jiwa yang selami ini seperti lalang kini berubah...
Terima kasih Allah...

Betapa kasihnya Allah kepada nor, Dia bukan sahaja sentuh hati ini tapi....
Dia juga kirimkan sesuatu yang sangat-sangat berharga buat nor iaitu
 insan-insan yang sangat membantu dalam usaha mentarbiah diri ini.. terima kasih sahabat semua... tak terbalas rasanya jasa kalian...
semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian... :)

Semoga diberi kekuatan untuk terus istiqomah... Amin...




Wallahu a'lam bissawab ... :)


Monday, 4 February 2013

Kerehatan yang abadi..

ASSALAMMUALAIKUM

       Alhamdulillah, syukur dengan nikmat hidup dan sihat yang masih dipinjamkan Allah buat hambanya  yang sering leka ini. Sebenarnya, malam ini memberikan 1001 kelainan buat nor.

         Allah dah makbulkan permintaan nor, dah lame nor teringin nak pergi melawat jenazah, malam ini diberi kesempatan dan ruang buat nor. Mungkin dulu nor ade juga pergi melawat tapi mase itu masih kecik, tak berapa faham atau dalam bahasa mudahnya "tak amik kisah" dengan keadaan sekeliling..

           Melangkah masuk ke dalam rumah, mengundang suasana suram dan muram.. bacaan yaasin dialunkan sedekah buat Almarhumah... 

AL-FATEHAH

selesai membaca hati tiba2 terdetik, bagaimana jika jenazah
yang terbaring kaku itu....

 AKU, pada siapa yang boleh ku rayu untuk membantu

bagaimana pula jika itu....

IBUKU atau ABAHKU, sudah cukupkah aku menyenangkan mereka sepanjang usia mereka

bagaimana pula jika itu...

SAHABATKU, adakah aku benar2 telah bersahabat dengan nya kerana Allah

persoalan  demi persoalan menjelma, yang pasti jawapan nye adalah satu...

suatu perkara yang sangat pasti dalam hidup ini adalah  KEMATIAN

"Setelah roh terpisah dari jasad, tamatlah semuanya.. tiada lagi bekalan yang dapat dikutip
 untuk dititip ke alam sana"

Semoga pemergian kita, merupakan suatu kerehatan yang abadi.. Marilah kita kutip sebanyak-banyaknya bekalan kerana sememangnya dunia  adalah tempat untuk mencari bekalan akhirat...






Wallahu a'lam bissawab..  :)